ads

Tuesday, July 19, 2011

kembali lagi

.Assalammualaikum.

yeahhh, setelah sekian lamanya menyepi. eceyhhh, menyepi konon. pdhal sentiasa je menghadap laptop. hee.. alarhh alarhhh, kita nak update ini belog la tapi terasa sgt sgt sgt la malas. nak bagi korang rindu dulu. rindu tak rindu tak ? eh ! malu malu plak nak ngaku. tak pe , simpan je perasaan tu smpai next entry baru luah okay ? haha.. perasan lak ai minah ni, bajet ada org nak rindu. okay cukup untuk mengarut.

semester baru (sem 4),

grrr, sem 4 ? arghhhh.. tersgt sgt la busy utk sem ni sampai laman sesawang saya bersawang-sawang. (^_^) kesian la engkau encik sesawang terabai oleh tuannya. cakap pasal semester je jadi tension, ikutkan tak de la banyak sangat subjek untuk sem ni. mungkin sebab ke'tough'an subjek-subjek yang di ambil dan lecturer-lecturer yang grr.. tapi itu semua pengalaman waktu belajar. yeahh! kena kuat. sekejap je lagi nak abis da. chill la 'Ain. (:

.Sekian.

Thursday, May 12, 2011

The making of... 'Cerita tentang kahwin'

. ,Assalammualaikum. ,

Sembang tentang kahwin ni memang indah, seronok dan asyik sekali. berjam-jam sembang bab kahwin ni pun tak apa. tak jemu, tak bosan. baik borak sebelum kahwin, sewaktu kahwin apatah lagi selepas kahwin, pot pet sok sek nya bukan main menghiburkan. Senarionya apabila berada di dalam kelas then lecturer/guru cakap sahaja tentang kahwin, kelas yg sejak tadinya sunyi sepi terus riuh rendah. apabila borak sesama rakan pun sama juga situasinya, bukan main rancak dan terujanya bersembang. Apatah lagi jika tukang masak pndai menambah2 rencah. tepung+pisang+gula dan garam sikit ! perghhh, cekodok pisang. mmg sedapkan ? hah ! mcm tu la gambarannya. (;

Itu cerita org yg belum kahwin atau dah kahwin. Orang yg nak kahwin atau orang tua yg nak kahwinkan anak lain pula ceritanya. Pendek kata 1001 mcm prsaan melanda, dengan gelisah, bimbang, seronok, takut, risau semua ada. Yela, sekarang ni mcm2 boleh jadi, pngtin lelaki lari bila hampirnya hari akad nikah , pgntin prmpuan lari ikut kekasih lama la. aishhh.. macam2. mana tak gentar goyang gempa semua. hah ! amik kau 3g terus. (^.^)

Mana taknya, cuba bayangkan belanja kahwin sekrng ni bukannya boleh buat sikit-sikit atau ala kadar. 10k belum tentu cukup. tapi kalau sanggup 'kuali'kan telinga tu dok dgr pot pet pot pet family dan kaum kerabat trmsuk keluarga mentua, boleh la buat ala kadar je. kalau tak sanggup, kena la buat konon-konon grand mcm org lain. biasa org buat belas-belas atau puluh ribu, kena la buat mcm tu juga tak pun lebih lagi. kalau org lain bikin sewa pakaian sedondon, kita pun nak juga sama sedondon.




Hai ! memang tension dibuatnya. Nak buat kecil-kecilan nanti orang mesti dok mengata. buat besar-besaran sikit pun nanti org kata jgk. itu la lumrah hidup manusia. tapi memang apabila dilihat, org kita ni kalau bab kahwin, memang tak reti nak buat ala kadar kan ? sanggup perhabis duit dan bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinannya tip top siap dgn gred A+ lagi atau nak dapat mrkah penuh 101% drpd para juri yg terdiri drpd tetamu yg hadir.




Okay ! bagi calon yg nk kahwin baik sang teruna dan dara, bayangkan saat ekonomi skrng yg tak berapa nak menetu ni, perit rasanya utk mereka simpan beribu riban dlm bank semata-mata nak kahwin. selagi tak cukup, selagi tu la deadline kahwin tak boleh nak ditetapkan. nak menyimpan tu bukannya boleh sikit-sikit atau main2 kan ? takkan la nak tunggu usia lanjut baru boleh kahwin. kalau lelaki tu kira okay lagi tapi sanggup ke perempuan nk sama-sama melanjut usia semata-mata nak tunggu simpanan sang teruna cukup di bank ? kalau sanggup pun, kena tanya family pula, mereka sanggup ke tunggu lama-lama ? rasanya macam payah kan ?

Bila terjadinya perkara begitu, rasanya dah smpai masanya pihak tertentu mempromosikan kahwin beramai-ramai di kalangan orang2 kita. pecahkan tradisi ! Jadikan ia program tahunan. lagi ramai kahwin, lagi baik. tak ada la gejala sosial sana sini. lagi pun banyak belanja boleh dijimatkan, baki duit yg tak berusik tu bolehlah digunakan utk membina keluarga sendiri. baik kan ? tapi kalau nak kahwin pun disusah-susah dgn pelbagai adat dan rintangan, alamatnya mati berangan je la. nasiblah weh !






Happy parents' day !

بسم الله الرحمن الرحيم

. ,Salam. ,

Walaupun hampir seminggu hari ibu berlalu tapi aku tak kira, nak juga wish kat dalam belog ni. apa dak, bagi aku hari-hari hari ibu dan juga bapa tak ketinggalan. okay ? korang pun begitu kan ? yeahh..

Firstly, aku nak ucapkan terima kasih kat my mom that i call her 'umie' yang dah bersusah payah untuk melahirkan ain yg umi bawa ke hulur hilir selama 9bulan dlm kandungan tanpa sedikit pun rasa beban bagi diri mu. tanpanya umi dan abah, tiada lah ain & adik beradik yg lain di muka bumi ini.

Pada saat kami dilahirkan, terpancarnya kegembiraa
n pada wajah abah dan umi tanpa berhenti mengucapkan syukur dikurniakan zuriat yg cukup sempurna sifatnya. ibu ayah mana tak gembirakan ?

Dengan harapan lahirnya kami akan membawa erti dalam hidup mereka, bukan duit harta atau balasan yang diharapkan malah mengharapkan anak-ana
k menjadi anak yg soleh & solehah dan menjadi anak yg berguna dunia akhirat, hormat menghormati dan juga adab-adab yg telah diajar oleh mereka.

Abah Umi, terima kasih sebab berjaya memb
esarkan ain & adik beradik dgn baik dan mencurahkan sepenuh kasih sayang kpd kami 5beradik. Maaf jika selama membesarkan kami, kami banyak membuat umi abah terasa/kecil hati dengan sikap/perangai kami yg bermacam ragam. memang banyak salah dan silap yg telah kami lakukan, mungkin kami leka dan alpa akan pengorbanan yg telah abah dan umi lakukan untuk membesarkan kami adik beradik. Maafkan kami abah umi . Kami akan cuba menjadi yang terbaik.

Terima kasih juga kpd abah yg bersusah payah mencari rezeki untuk menyara keluarga, menyediakan tmpat berlindung dan juga mema
stikan kami adik beradik tidak kelaparan. alhamdulillah, sehingga kini semuanya sudah cukup utk kami dan kami tidak kesah walaupun hidup tidak semewah keluarga lain tapi kami sangat bersyukur dgn apa yg abah dan umi berikan.

Terima kasih atas didikan dan tunjuk ajar yg tel
ah abah dan umi berikan dengan menghantar kami adik beradik ke tadika dari mengenal ABC sehingga pandai membaca dengan lancar dan pndai update belog ni. hee.. (:

Thanks a lot. Segala jasa dan pengorbanan mu
selama ini begitu besar dan tidak ternilai. Hanya ALLAH sahaja yg dpt membalas dan memberi ganjaran atas segala pengorbanan yg telah abah dan umi lakukan. Kami adik beradik mendoakan abah & umi sentiasa sihat dan sentiasa berada di bawah lindungan-NYA. Aminnn..


.kek sempena hari ibu pemberian kakak kesayangan Nabilah 'Izzati.

.My Family.


There's one more thing i want to say 'HAPPY PARENTS' DAY' to you my dearest parents. I LOVE BOTH of YOU ABAH & UMI ! MMmmuahxx. xoxo .

Wednesday, May 4, 2011

Fettuccine


Salam,

Sedang sibuk adik aku nak masak itu masak ini buat kek itu buat kek ini dan macam segala makanan, tetiba aku teringatkan someone yg minta resipi fettuccine. hee.. sorry Syera ! baru sekarang aku teringat . *wink ;D

okay, setelah sekian lamanya !
tadaaa...


Bahan-bahannya:

2 ulas bawang besar holland - cincang halus
bawang putih - smashkan/cincang halus
minced beef
1 tin button mushroom
1 tin PREGO SPAGHETTI SAUCE (carbonara mushroom)
1 pckt chic frankfurter (ikut suka)
1 pckt campbell's soup (bancuh)

Cara membuatnya:

- panaskan butter / minyak masak
- tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau
- seterusnya masukkan minced beef & button mushroom
- tambahkan chic sausage
- masukkan campbell's soup & carbonara mushroom

*okay, done ! senangkan..

p/s: dah cuba bagi-bagi la rasa. hehee.. (;

selesai

.Assalammualaikum w.b.t.

alhamdulillah, selesai suda segala tugas untuk sesi pembelajaran aku utk sem ni. yeahhh! baru sahaja selesai final exam. arghhh.. ckp psl final, grr,,.. tension stress dtg kmbali. ya Allah, sgt susah okay ! knp sem ni aku terasa sgt berat ? sgt susah nak convey berbnding sem-sem sebelum ni. hAha, jgn nak banding sgt la. every sem sama je aku rasa tp siyez la final kali ni susah tahap gaban sbb smpai ada berapa paper membuat aku rasa give up dan rasa tak nak teruskan. dugaan. dan final kali ni juga omg, tak terkata. :') berapa kali aku mengalirkan air mata. sobsob. paper plak direct dan ada beberapa paper sahaja yg ada gap. ini semua sbb nak di pendekkan sem la. aiyaa.. parah. cuti sem kali ini sgt singkat. ishhh, tak seronoknya. tak dpt nak relax lama sikit. tapi tak pe, lagi singkat, lagi cepat aku habis study. hee.. :D then cari duit, KAWIN ! mak saya nak kawin. AHAHa, eii gatalnya kau ni ! hah, kena stepek kat muka. ngee..

~sekian~

Thursday, February 17, 2011

Bermulanya kelas

Apabila kelas BEL bermula.

hah! warna pink tu, nampak tak? hahaa.. itu bb manager. yeah, masuk-masuk kelas terus on bb iaitu perkara pertama yang wajib saya lakukan dahulu. terukkan. :D then seterusnya check belog yang tak berapa nak aktif ni. dan jelajah belog orang. (=

yea, satu lagi ni hah fb. hantu kowt. asyik-asyik nak fb wlaupun kadang-kadang da bosan tahap gaban sampai tak tau nak buat apa onLINE lelame. hee.. saje membuang masa.

p/s: setiap kali class bel kat makmal mesti online punye!

Sunday, February 13, 2011

kenapa susah sangat ni??


.Assalamualaikum wbt.

semenjak dua menjak ni, kenapa la payah sangat aku nk bangun pagi. aishhh.. payah hidup kalau gi ni la prangainya. HAHA! apa aku membebel ni. hee.. bukan apa, sejak masuk sem baru ni kenapa la susah nak terjaga pagi, mungkin sebab time table yang sangat menyeronokkan setiap pagi kot. tiap-tiap hari kelas lewat melainkan rabu dan khamis yang mengharuskan diri bangun awal untuk ke kelas. eceyh eceyh tapi bukan bermakna bangun lewat tak bangun subuh ye kawan-kawan. bangun then sambung tidur balik. tapi kekadang terlajak gak subuh tu. orang kata apa, subuh gajah. haishh.. macam mana tu. huhu. nak kata tak set alarm, 2 phone skali aku lock tapi ntah salah sape, aku ke phone? haha.. boleh dikatakan setiap hari aku tak dengar bunyi alarm. eh! rosak ke apa ni. jangan nak buat hal weyh. tolong la berkhidmat untuk aku. sendiri punya diri yang tak sedar alarm plak yang kau nak salahkan. itu la manusia. hee. :D sampaikan ada satu hari tu gilerw terkejut la bila bangun bangun da kol 8.20am, sedangkan kelas kol 8.30am. memang gila kelang kelibut ribut taufan la di buatnya. HAHA! pe lagi, cepat cepat aku pi mandi gosok gg bagai. perghhh.. nasib sempat sampai kelas before lecturer sampai. malas nak jawab kat lecturer kalau dia tanya. buat muka comel je muleyh la. ngee..

dapat bantal empuk, dats why lena je tido sampai payah bangun! haa..

nak kena beli jam macam ni kot, baru senang bangun. kuat sikit bunyi dia. tapi nanti tak pasal-pasal ke dinding gak la jam ni aku buat. hahahaa.. bising memekak! tak suka tido di ganggu. hee. harap maklum!

keseorangan pada hari ini! hah.. pe lagi, main snap snap gambar la. konon-konon perasan diri tu comel bila bergambar. hehe.. * malu

peneman waktu lenaku. kesunyianku. laparku. haha! kenyang terus bila tengok hmburger ni. tak payah susah-susah nak pi dining beli makanan. sobsob tapi lapar gak sebenarnya. :') tapi sifat malas dibesarkan. sanggup berlapar. huhu..

Saturday, January 29, 2011

Home sweet home

Assalamualaikum wbt.

hi korang!
yeayyy.. akhirnya saya sudah berada di rumah. yahooo.. cuti seminggu = mid sem break + chinese new year.. eh! awalkan saya sudah berada di rumah sebelum tarikh yang di rancang, ya iyalah, saya rancang nak balik hari sabtu 29.01.11 tapi memandangkan cousin yang belajar di matrik Londang mau pulang dan kebetulan ayahnya ambil, dia mengajak saya untuk pulang bersamanya. hehee.. sangat suka ogeyhhh.. sebab nak balik hari jumaat naik bus ticket sold out pulak. al-maklum la cuti musim perayaan ni paham paham la ye. saya ni pun tak suka nak beli tiket awal-awal, malas nak keluar bandar sebenarnya. hee.. suka beli on time, if ada kira bertuah la if tak de nsb badan la. hoho.. terima kasih ya makcik Syafiqah kerana menumpangkan saya.


cousin bersama anak buahnya

kemesraan

mengira.. hee...



cousin & her niece

sangat agresif ini budak. huh! tak tahu diam dalam kete. pape pown budak ini sangat comel. (=

~SEKIAN~

Thursday, January 13, 2011

Jadual Waktu!

Time Table for this semester!
--------------------------------------
Isnin: 10.30am-12.20pm Ctu (Perakaunan Islam)
4.30pm-6.20pm Bel (English for academic purposes)
---------------------------------------------------------------------
Selasa: 2.30pm-4.20pm Bel (English for academic purposes)
4.30pm-6.20pm Mgt (Business)
---------------------------------------------------------------------
Rabu: 8.30am-10.20am Law
2.30pm-4.20pm Far ( Financial Accounting)
4.30pm-6.20pm Mgt (Business)
---------------------------------------------------------------------
Khamis: 8.30am-10.20am Maf (Cost of Accounting)
10.30am-12.20pm Bel (English for academic purposes)
12.30pm-2.20pm Far (Financial Accounting)
5.00pm-7.00pm Ko3333
---------------------------------------------------------------------
Jumaat: 10.30am-12.20pm Law
2.30pm-4.20pm Maf (Cost of Accounting)

Friday, December 24, 2010

Berjaya...



Hello! hah, tengok gmbar kat atas ni mesti korang dah tahu apa yang aku maksudkan berjaya. hee.. yeayyy! masih dapat menghuni kat hostel lamaku yg ala ala hotel 10star kononnya. lalaaaa... orang selalu cakap apa barang duduk kat hostel, duduk la rumah sewa. walamakkk.. senang je cakap macam tu an. haaa.. ta pe tape, setiap bnde ada buruk baiknya. malas nak taip panjang-panjang. nanti ada masa aku buat entry kebaikan dan keburukan antara duduk rumah sewa or hostel. OKAY?? see u later.. Daa..

SALAM..

Wednesday, December 22, 2010

Bila larut malam


Last Day at Burger King.

Before:


Dalang-dalang:


After


Thanks la untuk semua crew yg berjaya untuk mengenakan aku. hahaa,,, BUSUK doe. grr.. Im gonna miss you (BK crew & staff)

Friday, December 10, 2010

Macam macam..

.Salam 1malaysia. (=

Hello guys! lamanya aku tak update blog ni. Blog, kesian engkau terabai oleh tuan engkau yang sangat tak berhati perut an. hee.. sape la tuan kaw tu kan. ishhh.. meh sini aku sekeh sikit. :D
konon busy la apa la. hahaa.. busy mengalahkan PM la katanya, tak payah nak berangan la. kehkehh.. Okay okay, semua da ready dengan popcorn air botol 5litr belum?? cepat cepat, panjang aku nak story ni. pergi sediakan apa yang patut. hee.. kau ingat diorang dalam cinema ke. eh! bukan ye? depan lappy rupenya. haa.. tak ada apa pun nak story sebenarnya. saje bikin gempak yg xde la gempak mana.

hah! aku nak story, semalam memandangkan aku tak kerja then adik aku yang sorang ni hah baru dapat gaji mengajak la akak dia yg pemalas ni jalan jalan amik angin la kononnya kerana teramat la boring duduk dirumah. mula mula plan nak pergi sunway pyramid tapi gerak pun da agak lewat petang waktu waktu kemuncak lembaga lembaga hitam hendak keluar, kami pun terpaksa membatalkan perancangan tersebut. gilerw skema la ayat kaw. lagi hebat ayat budak tadika. ahhaaa.. sebelum keluar plak abah dah cakap 'amik ni duit 50 pi isi minyak kete 30 je, jangan nak pi jalan jauh jauh' haa.. padan muka kaw. nak jalan jauh lagi, tambah la duit minyak sendiri. memandangkan poket ni pun tengah ringan je, so aku pergi jalan Shah Alam sahaja.


Kami pergi SACC Mall, bukan buat apa. saje nak memenatkan kaki berjalan. hee.. kata nak jalan jalan an. maksud jalan jalan tu xperlu mengeluarkan belanja. betul tak? :D kat situ sekejap je, lepas da penat turun naik tangga bergerak tu (escltor) kami plan pergi tempat lain pulak. adik ajak pergi tesco. nak cari kasut sekolah. gilerw excited la kaw adik syima, sekolah lambat lagi. lek lu. cuti puas puas. :)) selepas keluar dari mall tu, kitorng terus la melulu ke car park tanpa memikirkan untuk keluar dari parking tu kena bayar ticket dahulu. hohoo.. sesampai je kat kereta baru la teringat. then terpaksa la berpatah balik & pergi kat pay station. apa yang memalukan?? ahahaaahahaa... bagi aku gelak dulu. gilerw malu la wa cakap sama lu. ahahhaa.. nak masukkan ticket tu, kitorng ni punya la rabun, tak nampak mana tempat nak masukkan duit mana nak masukkan tcket. pergi la dok tolak tolak ticket tu bagi masuk tapi mesin tu tak nak terima, siap berpusing2kan tckt bagai tapi tak juga sudi menerima. ingatkan mesin tu rosak, kami cuba la mesin sebelah. pun masih tak boleh juga. tiba tiba ada makcik beratur blkng kitorng tu try masukkan tcket, boleh pulak... rupa2nya kitorng salah tempat. tempat untuk masukkan wang kertas tu kitorng dok masukkan tckt. mmg patut la dia tak nak terima. malu kowt. nasib baik tak ramai yang beratur kat belakang kitorang.. huhu... tu la, da lama tak pergi pay station, ni la jadinya. tapi an, bafakk mahal giler r parkng kat situ, tak sampai sejam da 2hinggit.

tadi tu situasi kat pay station, ni pulak kat tempat parking. lepas da settle bayar tckt semua. kami pergi ke kereta semula. da dok molek2 dalam kete sambil pakai seat belt (eh! lupa, pakai ke tak eyh) aha.. aku nak la reverse kereta then belakang aku ada seorang makcik ni dengan anak dia. tak tau la apa dia buat kat kereta belakang. tunggu laki dia bermake up kowt. baHAhaaa... sambil reverse tu mesti la aku tengok segala mirror yang ada kat kereta an dan of course la aku nampak makcik yang comel lotey tu kat belakang. tapi aku undur tu memang betul betul dekat dengan makcik tu tapi tak de la sampai aku nak langgar dia. aku nampak la kaw ada kat belakang tu wahai makcik. then dia ingat aku ni tak nampak dia ada tercegat kat belakang, dengan make up bedak macam satu botol tak kan la tak nampk. menyala nyala lagi merah makngah.. adoyaiii... apa lagi, dok membebel bebel la dia kat situ, mesti dia bebel 'apa la budak ni, tak nampak orang ke kat belakang/ tak reti drive kereta ke/ tak de lesen ke budak ni' aku dengan adik aku dalam kereta pulak dok mengata, apa la makcik ni, kitong nampak la makcik yang sangat2 comel, takut sangat b*nt** dia hilang. wakakaa.. sambil gelak2 dan tengok pah bedah tu kat side mirror ngah mengomel2. anak kat sebelah dah malu malu suruh mak dia senyap. maaf makcik kalau saya salah. tapi saya nampak makcik kat belakang tu, tak de hati pown nk sentuh b**t*t makcik yg molek tu. :))) dah tau orang nak dok undur tu, jangan la nak jadi patung kat situ. pandai pandai la beralih. bukan kecik sangat tempat prking tu. hee..

Sekian..

Wednesday, November 24, 2010

...Sorry...

. .SAYA BUSY. .

belum berkesempatan lagi nak mengupdate blog. huhuuu.. sorry guys. ada masa nanti aku rajin rajinkan tangan ni untuk mengupdate diari hidupku ceh cehhh.. diari terus. hee..

. .sorry. .

Tuesday, August 31, 2010

.Hari yang ceria.

. .Assalammualaikum wbt. .

rabu..khamis..JUMAAT.. yeayyyyy... home sweet home. im coming. bestnya nak cuti raya selama 2minggu. nak balikkkkkkk. dah tak sabar rasa hati. heee... cepat la sikit masa berlalu. aishhhhh... 3hari macam 3tahun rasanya ni. okay okay. entry kali ini aku cuma nak share beberapa gambar je. penat nak menaip panjang lebar. nanti merapu merepek lak. maklum la, ta hilang lagi penat malam merdeka ni. ehehee... jengggg jenggg.. mesti uolls tertunggu-tunggu apa la gambar yang aku nak kongsi bersama an an?? cepat angguk. :))

nahhhhh... tengok tengokk.. ta menarik pun. saje nak kongsi ke'enjoy'an saje. kehhkehhhh... selepas kepenatan & kestressan test last week. sangat pack okay test pada minggu lepas. isnin rabu khamis jumaat & sabtu. amik kaw, mana ta stress. cuti sehari ni la nak enjoy dan release tension.

Mangsa: Atika Azizah Ana Ain
Lokasi kejadian: Dataran Pahlawan & MCD
Waktu: antara 12am till 6am
(31.08.2010)


3:44am

3:40am : kesengalan

3:30am

3:36am

3:02am : makan

4:10am

2:25am

3:44am

4:09am : kengantukan


. ,kegedikan. ,

. ,keseronokan. ,



p/s: image banyak di capture di mcd. hahaa..

cukup cukup. itu je yang dapat aku kongsi bersama. sebelum lepak lama-lama kat mcd tu kitorang lepak kat dataran dan pantai dulu. sangat sangat ramai la manusia kat situ. tapi tak dapat nak bergambar. dan dan pada time time tu la kitorang punya phone sume out of battery. perghhh.. ta dapat nak snap gambar banyak banyak. hahaaa...

nak tau ta, dalam pukul 5 lebih, aku tersangat la ngantuk sambil tunggu member datang menjemput tanpa mempedulikan orang di sekeliling, dengan selambernya aku tidur kat tangga depan kedai apa ntah tapi yang aku tau kedai tu betul-betul sebelah mcd. baring oke bukan sandar atau pun berdiri. hahaaa.. peduli apa aku, mata da ngantuk, kat mana-mana pun aku boleh lena. bangun-bangun da pukul 6. nasib la ta kena tinggal. huhu.. pada masa tu juga la member aku sampai dan kitorang semua gerak balik.

tapi bukan balik kampus tau. kitorang semua tumpang tidur kat saloon ema. Terima Kasih Ema. terbaik la. dapat gak rehatkan badan dan mata. Lastly, HARI yang SERONOK dengan member yang gila gila punya perangai. bergelak ketawa tanpa mengira tempat. apa yang penting kita HAPPY! ! ((: