ads

Friday, December 10, 2010

Macam macam..

.Salam 1malaysia. (=

Hello guys! lamanya aku tak update blog ni. Blog, kesian engkau terabai oleh tuan engkau yang sangat tak berhati perut an. hee.. sape la tuan kaw tu kan. ishhh.. meh sini aku sekeh sikit. :D
konon busy la apa la. hahaa.. busy mengalahkan PM la katanya, tak payah nak berangan la. kehkehh.. Okay okay, semua da ready dengan popcorn air botol 5litr belum?? cepat cepat, panjang aku nak story ni. pergi sediakan apa yang patut. hee.. kau ingat diorang dalam cinema ke. eh! bukan ye? depan lappy rupenya. haa.. tak ada apa pun nak story sebenarnya. saje bikin gempak yg xde la gempak mana.

hah! aku nak story, semalam memandangkan aku tak kerja then adik aku yang sorang ni hah baru dapat gaji mengajak la akak dia yg pemalas ni jalan jalan amik angin la kononnya kerana teramat la boring duduk dirumah. mula mula plan nak pergi sunway pyramid tapi gerak pun da agak lewat petang waktu waktu kemuncak lembaga lembaga hitam hendak keluar, kami pun terpaksa membatalkan perancangan tersebut. gilerw skema la ayat kaw. lagi hebat ayat budak tadika. ahhaaa.. sebelum keluar plak abah dah cakap 'amik ni duit 50 pi isi minyak kete 30 je, jangan nak pi jalan jauh jauh' haa.. padan muka kaw. nak jalan jauh lagi, tambah la duit minyak sendiri. memandangkan poket ni pun tengah ringan je, so aku pergi jalan Shah Alam sahaja.


Kami pergi SACC Mall, bukan buat apa. saje nak memenatkan kaki berjalan. hee.. kata nak jalan jalan an. maksud jalan jalan tu xperlu mengeluarkan belanja. betul tak? :D kat situ sekejap je, lepas da penat turun naik tangga bergerak tu (escltor) kami plan pergi tempat lain pulak. adik ajak pergi tesco. nak cari kasut sekolah. gilerw excited la kaw adik syima, sekolah lambat lagi. lek lu. cuti puas puas. :)) selepas keluar dari mall tu, kitorng terus la melulu ke car park tanpa memikirkan untuk keluar dari parking tu kena bayar ticket dahulu. hohoo.. sesampai je kat kereta baru la teringat. then terpaksa la berpatah balik & pergi kat pay station. apa yang memalukan?? ahahaaahahaa... bagi aku gelak dulu. gilerw malu la wa cakap sama lu. ahahhaa.. nak masukkan ticket tu, kitorng ni punya la rabun, tak nampak mana tempat nak masukkan duit mana nak masukkan tcket. pergi la dok tolak tolak ticket tu bagi masuk tapi mesin tu tak nak terima, siap berpusing2kan tckt bagai tapi tak juga sudi menerima. ingatkan mesin tu rosak, kami cuba la mesin sebelah. pun masih tak boleh juga. tiba tiba ada makcik beratur blkng kitorng tu try masukkan tcket, boleh pulak... rupa2nya kitorng salah tempat. tempat untuk masukkan wang kertas tu kitorng dok masukkan tckt. mmg patut la dia tak nak terima. malu kowt. nasib baik tak ramai yang beratur kat belakang kitorang.. huhu... tu la, da lama tak pergi pay station, ni la jadinya. tapi an, bafakk mahal giler r parkng kat situ, tak sampai sejam da 2hinggit.

tadi tu situasi kat pay station, ni pulak kat tempat parking. lepas da settle bayar tckt semua. kami pergi ke kereta semula. da dok molek2 dalam kete sambil pakai seat belt (eh! lupa, pakai ke tak eyh) aha.. aku nak la reverse kereta then belakang aku ada seorang makcik ni dengan anak dia. tak tau la apa dia buat kat kereta belakang. tunggu laki dia bermake up kowt. baHAhaaa... sambil reverse tu mesti la aku tengok segala mirror yang ada kat kereta an dan of course la aku nampak makcik yang comel lotey tu kat belakang. tapi aku undur tu memang betul betul dekat dengan makcik tu tapi tak de la sampai aku nak langgar dia. aku nampak la kaw ada kat belakang tu wahai makcik. then dia ingat aku ni tak nampak dia ada tercegat kat belakang, dengan make up bedak macam satu botol tak kan la tak nampk. menyala nyala lagi merah makngah.. adoyaiii... apa lagi, dok membebel bebel la dia kat situ, mesti dia bebel 'apa la budak ni, tak nampak orang ke kat belakang/ tak reti drive kereta ke/ tak de lesen ke budak ni' aku dengan adik aku dalam kereta pulak dok mengata, apa la makcik ni, kitong nampak la makcik yang sangat2 comel, takut sangat b*nt** dia hilang. wakakaa.. sambil gelak2 dan tengok pah bedah tu kat side mirror ngah mengomel2. anak kat sebelah dah malu malu suruh mak dia senyap. maaf makcik kalau saya salah. tapi saya nampak makcik kat belakang tu, tak de hati pown nk sentuh b**t*t makcik yg molek tu. :))) dah tau orang nak dok undur tu, jangan la nak jadi patung kat situ. pandai pandai la beralih. bukan kecik sangat tempat prking tu. hee..

Sekian..

3 comments:

  1. rasa ye kamu la org yg dok salahkan masuk tiket parking aritu.... aiyak...
    patut rasa mcm kenai...
    wakaka~

    ReplyDelete
  2. oooo.... yg beli kt kedai saye 2 kan....

    ReplyDelete
  3. huahuahuahuahuahuahua.... jgn langgar b***** org lagi....

    ReplyDelete