ads

Tuesday, August 31, 2010

.Hari yang ceria.

. .Assalammualaikum wbt. .

rabu..khamis..JUMAAT.. yeayyyyy... home sweet home. im coming. bestnya nak cuti raya selama 2minggu. nak balikkkkkkk. dah tak sabar rasa hati. heee... cepat la sikit masa berlalu. aishhhhh... 3hari macam 3tahun rasanya ni. okay okay. entry kali ini aku cuma nak share beberapa gambar je. penat nak menaip panjang lebar. nanti merapu merepek lak. maklum la, ta hilang lagi penat malam merdeka ni. ehehee... jengggg jenggg.. mesti uolls tertunggu-tunggu apa la gambar yang aku nak kongsi bersama an an?? cepat angguk. :))

nahhhhh... tengok tengokk.. ta menarik pun. saje nak kongsi ke'enjoy'an saje. kehhkehhhh... selepas kepenatan & kestressan test last week. sangat pack okay test pada minggu lepas. isnin rabu khamis jumaat & sabtu. amik kaw, mana ta stress. cuti sehari ni la nak enjoy dan release tension.

Mangsa: Atika Azizah Ana Ain
Lokasi kejadian: Dataran Pahlawan & MCD
Waktu: antara 12am till 6am
(31.08.2010)


3:44am

3:40am : kesengalan

3:30am

3:36am

3:02am : makan

4:10am

2:25am

3:44am

4:09am : kengantukan


. ,kegedikan. ,

. ,keseronokan. ,



p/s: image banyak di capture di mcd. hahaa..

cukup cukup. itu je yang dapat aku kongsi bersama. sebelum lepak lama-lama kat mcd tu kitorang lepak kat dataran dan pantai dulu. sangat sangat ramai la manusia kat situ. tapi tak dapat nak bergambar. dan dan pada time time tu la kitorang punya phone sume out of battery. perghhh.. ta dapat nak snap gambar banyak banyak. hahaaa...

nak tau ta, dalam pukul 5 lebih, aku tersangat la ngantuk sambil tunggu member datang menjemput tanpa mempedulikan orang di sekeliling, dengan selambernya aku tidur kat tangga depan kedai apa ntah tapi yang aku tau kedai tu betul-betul sebelah mcd. baring oke bukan sandar atau pun berdiri. hahaaa.. peduli apa aku, mata da ngantuk, kat mana-mana pun aku boleh lena. bangun-bangun da pukul 6. nasib la ta kena tinggal. huhu.. pada masa tu juga la member aku sampai dan kitorang semua gerak balik.

tapi bukan balik kampus tau. kitorang semua tumpang tidur kat saloon ema. Terima Kasih Ema. terbaik la. dapat gak rehatkan badan dan mata. Lastly, HARI yang SERONOK dengan member yang gila gila punya perangai. bergelak ketawa tanpa mengira tempat. apa yang penting kita HAPPY! ! ((:

Sunday, August 8, 2010

Maaf..

. .Assalammualaikum wbt. .

hey semua! apa khabar?? harap semua dalam keadaan sihat. lama aku tak update blog ni kan?? bukan taknak update tapi kesibukan melanda. sibuk ke? hehee.. agak la. hah! aku sangat sedih la kawan-kawan cz minggu ni aku tak dapat balik rumah sebab ada kelas hari sabtu, kelas ganti untuk raya. tapi time raya nanti sangat seronok sebab dapat cuti lama. hoiyyyeeeeeeeee......... apa yang membuatkan aku terasa sangat sebab ramai kawan-kawan seperjuanganku balik, kononnya nak jumpa family sebelum menyambut bulan ramadhan yang mungkin jatuh pada hari RABU (11.08.2010) insya'ALLAH. hmmmmmm... :'( so, hari ini aku keseorangan dalam bilik dengan ditemani handphone murah ku (layan lagu), lappy kesayangan, buku-buku yang berlambak depan mata ni, macam nak terkeluar biji mata aku tengok semua buku ni plus sakit otak dibuatnya. ni semua angkara assgnment yang bertimbun-timbun. huhuu.. Help me! help! tapi sambil buat assignment tu aku berfesbuk2. ahahaaa.... sempat lagi. mana nak siap assignment tu kalau asyik dok online je. an an?? yela, menghadap assignment 24/1 penat kowt. kena la sambil-sambil tu buat kerja lain.

Tadi bangun-bangun tidur je aku terus basuh kain & mandi. da segar-segar la time tu tapi perut plak bergendang dangdut.. merengek-rengek plak. huhuu.. nak turun pergi dining kaki ni tersangat la berat nak menapak ke sana yang tidak la jauh mana pun. nak nasi nak nasi, lapar lapar.. kaki kaki jangan la malas-malas untuk membawaku ke dining. aku lapar ni, macam bertahun lamanya tak dapat makan. huwaaaa... :'( tapi kaki ni berdegil juga, aku membuat keputusan dengan menjamah 2keping roti bersama air oligo coco sahaja. kurang sikit la lapar tu tapi aku masih mahukan nasi. tak pe, sabar sabar. kejap lagi pasti ada orang datang menjual makanan level by level. yeah! kesabaran aku masih dalam g0od condition. heheee... sebelum puasa ni la aku nak makan banyak-banyak. puasa nanti da boleh kawal makan. boleh la turun sikit berat badan. :D

okay okay, enough! memandangkan semua umat islam seluruh dunia akan menyambut dan mengalu-alukan kedatangan ramadhan tak lama lagi, aku mengambil kesempatan kat sini ingin memohon beribu-ribu berjuta-juta kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki jika ada melakukan salah dan silap, terkasar bahasa sama ada aku sedar mahupun tidak. sekali lagi maaf dari diriku yang kerdil ini. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenang dan mendapat barakah dari-Nya. Aminnn... pasti ramai yang tak sabar da menanti kedatangan bulan yang mulia ni kan?? yeah! me too.

MARHABAN YA RAMADHAN! !
Selamat datang wahai ramadhan,
bulan yang agung, bulan yang penuh berkat,
bulan yang menghapuskan dosa dan mengabulkan doa
bagi orang yang bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya.

p/s: marilah kita semua perbanyakkan amalan-amalan sunat seperti bersedekah, qiamulail pada bulan yang penuh rahmat ini. semoga bulan ramadhan ini menjadi bulan yang terbaik dari bulan-bulan yang lain.