ads

Thursday, May 12, 2011

The making of... 'Cerita tentang kahwin'

. ,Assalammualaikum. ,

Sembang tentang kahwin ni memang indah, seronok dan asyik sekali. berjam-jam sembang bab kahwin ni pun tak apa. tak jemu, tak bosan. baik borak sebelum kahwin, sewaktu kahwin apatah lagi selepas kahwin, pot pet sok sek nya bukan main menghiburkan. Senarionya apabila berada di dalam kelas then lecturer/guru cakap sahaja tentang kahwin, kelas yg sejak tadinya sunyi sepi terus riuh rendah. apabila borak sesama rakan pun sama juga situasinya, bukan main rancak dan terujanya bersembang. Apatah lagi jika tukang masak pndai menambah2 rencah. tepung+pisang+gula dan garam sikit ! perghhh, cekodok pisang. mmg sedapkan ? hah ! mcm tu la gambarannya. (;

Itu cerita org yg belum kahwin atau dah kahwin. Orang yg nak kahwin atau orang tua yg nak kahwinkan anak lain pula ceritanya. Pendek kata 1001 mcm prsaan melanda, dengan gelisah, bimbang, seronok, takut, risau semua ada. Yela, sekarang ni mcm2 boleh jadi, pngtin lelaki lari bila hampirnya hari akad nikah , pgntin prmpuan lari ikut kekasih lama la. aishhh.. macam2. mana tak gentar goyang gempa semua. hah ! amik kau 3g terus. (^.^)

Mana taknya, cuba bayangkan belanja kahwin sekrng ni bukannya boleh buat sikit-sikit atau ala kadar. 10k belum tentu cukup. tapi kalau sanggup 'kuali'kan telinga tu dok dgr pot pet pot pet family dan kaum kerabat trmsuk keluarga mentua, boleh la buat ala kadar je. kalau tak sanggup, kena la buat konon-konon grand mcm org lain. biasa org buat belas-belas atau puluh ribu, kena la buat mcm tu juga tak pun lebih lagi. kalau org lain bikin sewa pakaian sedondon, kita pun nak juga sama sedondon.




Hai ! memang tension dibuatnya. Nak buat kecil-kecilan nanti orang mesti dok mengata. buat besar-besaran sikit pun nanti org kata jgk. itu la lumrah hidup manusia. tapi memang apabila dilihat, org kita ni kalau bab kahwin, memang tak reti nak buat ala kadar kan ? sanggup perhabis duit dan bergolok bergadai demi nak memastikan majlis perkahwinannya tip top siap dgn gred A+ lagi atau nak dapat mrkah penuh 101% drpd para juri yg terdiri drpd tetamu yg hadir.




Okay ! bagi calon yg nk kahwin baik sang teruna dan dara, bayangkan saat ekonomi skrng yg tak berapa nak menetu ni, perit rasanya utk mereka simpan beribu riban dlm bank semata-mata nak kahwin. selagi tak cukup, selagi tu la deadline kahwin tak boleh nak ditetapkan. nak menyimpan tu bukannya boleh sikit-sikit atau main2 kan ? takkan la nak tunggu usia lanjut baru boleh kahwin. kalau lelaki tu kira okay lagi tapi sanggup ke perempuan nk sama-sama melanjut usia semata-mata nak tunggu simpanan sang teruna cukup di bank ? kalau sanggup pun, kena tanya family pula, mereka sanggup ke tunggu lama-lama ? rasanya macam payah kan ?

Bila terjadinya perkara begitu, rasanya dah smpai masanya pihak tertentu mempromosikan kahwin beramai-ramai di kalangan orang2 kita. pecahkan tradisi ! Jadikan ia program tahunan. lagi ramai kahwin, lagi baik. tak ada la gejala sosial sana sini. lagi pun banyak belanja boleh dijimatkan, baki duit yg tak berusik tu bolehlah digunakan utk membina keluarga sendiri. baik kan ? tapi kalau nak kahwin pun disusah-susah dgn pelbagai adat dan rintangan, alamatnya mati berangan je la. nasiblah weh !






2 comments: